skknai.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN KERUNAI
Jalan Intan Tel : 05-7918193, Faks : 05-7918193
e-mel :
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | VISI & MISI | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MAKLUMAT TERKINI | DOA SEKOLAH | Untitled | MARQUEE | SUKAN TAHUNAN 2010 | Untitled | Untitled | Untitled |

Sejarah Sekolah.

                   Sekolah Kebangsaan Kerunai telah ditubuhkan seawal tahun 1912 oleh Tuan H.

Berkeley, Pegawai Daerah Hulu Perak pada masa itu.Mulanya ia dikenali sebagai Sekolah Melayu

Kerunai yang merupakan sekolah melayu terawal di Mukim Kerunai. Awalnya ia hanya mempunyai

sebuah bangunan untuk belajar dan sebuah rumah guru. Asalnya bangunan sekolah itu ialah setor

Jabatan Parit dan Taliair manakala rumah guru itu pula ialah rumah mandur JPT. Pada mulanya

bangunan ini hanyalah beratap rumbia. Bangunan ini masih wujud hingga ke saat ini tetapi

sayangnya tiada tanda-tanda ianya akan dipulihkan sebagai sebuah bangunan bersejarah.

Pada tahun 1929, bangunan asal sekolah ini telah diubahsuai lantai dan atapnya. Atap rumbia digantikan dengan Atap Genting Indonesia.Manakala lantai papan digantikan dengan lantai simen. Sistem pembelajaran juga telah ditambah dengan matapelajaran tulisan rumi dan jawi serta matapelajaran ilmu Alam Dunia.

            Semasa zaman pemerintahan Jepun antara tahun 1941-1945 struktur pendidikan telah berubah mengikut cara Jepun. Bahasa Jepun telah dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah pada masa itu termasuk Sekolah Melayu Kerunai. Selepas tamat perang Dunia Ke 2, berlaku revolusi dalam sistem pendidikan. Papan batu dan qalam ditukarkan dengan kertas dan pensel. Dasar pendidikan mula berkembang dari semasa ke semasa.

            Sepuluh tahun selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 iaitu pada tahun 1967 dan 1974 , dua buah bangunan baru telah didirikan menjadikan sekolah ini semakin bertambah besar.Terdapat lima buah bilik darjah, ruang pejabat Guru Besar dan sebuah setor di bangunan yang dibina itu.

Pada tahun 1982, Sekolah Kebangsaan Kerunai telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred “B” dengan bilangan murid seramai 425 orang, 17 orang tenaga pengajar, seorang kerani,  pelayan pejabat.jaga , tukang sapu dan tukang kebun.

            Tahun 1983 menyaksikan pertambahan dua buah bangunan sekolah pasang siap yang boleh menampung keperluan murid yang semakin ramai.

Hampir seabad kini Sekolah Melayu Kerunai kini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Kerunai menjadi saksi perubahan dan peningkatan kemajuan murid yang diterajui oleh 16 orang guru besar bersilih ganti.Peneraju pertama sekolah ini ialah En. Md. Said bin Haji Saad yang menjadi guru besar di sini pada tahun 1948-1951.

            Kini Sekolah Kebangsaan Kerunai merupakan sekolah rendah bantuan penuh kerajaan gred “A”.Pada masa ini bilangan murid sekolah ini hampir mencecah 700 orang  termasuk 2 buah kelas Pra Sekolah dengan 39 orang tenaga pengajar yang berkaliber.Terdapat 8 blok bangunan yang boleh memuatkan 18 bilik darjah,makmal Sains,makmal Kemahiran Hidup,makmal Komputer,pejabat kantin,bilik guru,pusat sumber dan lain-lain lagi.Mulai tahun 2005 program rintis J-QAF diperkenalkan kepada murid Tahun Satu dengan tambahan 3 orang tenaga pengajar perintis Program KPLI-JQAF.

            Telah banyak kejayaan yang ditempa oleh sekolah ini dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.Telah ramai tokoh yang dilahirkan semenjak awal penubuhannya.Antara yang tersohor ialah Profesor Dato’ Dr. Wan Hasyim bin Wan Teh , bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini lebih di kenali sebagai Ahli Parlimen Gerik.

            Penambahan,penaiktarafan bangunan dan prasarana sekolah ini terus mendapat perhatian daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah.Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Adalah diharapkan Sekolah Kebangsaan Kerunai akan terus menempa kejayaan dalam usaha mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ditulis oleh:

Puan Nor Zarini Binti Mohd Zain

 

 


Copyright SKKerunai© 2007 - 2010

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: